17 December 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik


Untuk tatapan pelajar-pelajar yang dikasihi, hari ini cikgu ingin paparkan beberapa keping gambar yang diambil semasa Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik, SMK Sultan Sulaiman Shah 2011. Cikgu harap anda jadikan mereka ini pelajar contoh agar anda lebih bermotivasi untuk belajar dan mencapai kejayaan cemerlang seperti mereka.

 Buku Program yang direka khusus untuk majlis ini.
Cenderahati serta sijil untuk mereka yang berjaya.
 Antara pelajar cemerlang...

 Tengok tu... bukan sahaja cantik malah mereka ini rajin dan pandai. Rinashini (dua dari kiri) merupakan pelajar yang sangat aktif dan telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Puisi Bahasa Tamil peringkat Negeri Selangor dua tahun berturut-turut (2009 dan 2010). Bila dengar Rinashini bersajak, meremang bulu roma....
Antara Pelajar-pelajar yang memperoleh kecemerlangan dalam PMR.
 Diarak masuk ke khemah didahului oleh barisan pentadbiran sekolah.
Tahniah, semoga anda lebih berjaya pada masa-masa akan datang....(Varuna Sakthi Devi, salah seorang daripada pelajar yang mendapat 10A dalam SPM 2010)
Pelajar-pelajar cemerlang SPM bersama barisan Pentadbir SMK. Sultan Sulaiman Shah.
Sedia untuk baling topi.....

No comments:

Post a Comment