24 December 2011

Apa yang disemai, itulah yang dituai.


Salam 1 Malaysia......

Keputusan PMR telahpun diumumkan pada hari Khamis (22 Disember 2011) yang lalu. Macamana, puas hati dengan pencapaian anda? Kepada yang berjaya, tahniah cikgu ucapkan. Bagi yang kurang berjaya, jangan putus asa... Usaha lagi kerana USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.
Ingat, peperiksaan yang lebih besar menanti anda pada tahun 2013 nanti iatu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, jadikan kejayaan hari ini sebagai pendorong untuk lebih berjaya dalam SPM nanti, manakala bagi yang tidak bernasib baik, jadikan kegagalan itu sebagai cabaran untuk anda tingkatkan usaha untuk memperbaiki kekurangan diri. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik anda dalam SPM 2013 nanti.

Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar SMK Sultan Sulaiman Shah yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam PMR 2011:
1. Khanimolly a/p Embashakaran (8A)
2. Lim Jia Yee (8A)
3. Shamni a/p Markundu (8A)
4. Tan Shu Fang (8A)
5. Tang Hui Xuan (8A)
6. Puteri Noraini bt Megat Hasbudin (7A)
7. Choon Si Lin (7A)
8. Nurul Shafiqah Syazwani bt. Harun (7A)
9. Siti Nur Jameelah bt. Zakaria (7A)
10. Tan Xiu Qin (7A)
11. Tiviyah a/p Mohan (7A)

No comments:

Post a Comment