3 December 2011

Merenang Gelora


Untuk pengetahuan pelajar-pelajar yang akan melangkah ke Tingkatan 3 tahun hadapan, buku teks Komsas akan bertukar, dah tahu ke belum ? Novel baru bagi zon kita (Selangor) ialah Merenang Gelora, menarik ceritanya... Kalau anda semua ingin tahu, di sini cikgu paparkan serba sedikit tentang sinopsis novel ini.

NOVEL MERENANG GELORA
(RUSLAN BIN NGAH)
SINOPSIS

BAB 1 – TUGAS BAHARU
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya.

BAB 2 – API YANG MULA MEMBARA
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motorsikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.

BAB 3 – MAIN API
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Beliau bertemu dengan Siew Mei.

BAB 4 – DURI DALAM DAGING
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

BAB 5 - PERTEMUAN
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

BAB 6 – KEMUNCAK DUNIA
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

BAB 7 – SECANTIK SINAR
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.

BAB 8 – MENGHARUNG BADAI
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul tentang Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.

BAB 9 – RAHSIA HAMPIR TERBONGKAR
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

BAB 10 – SEMARAK API
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dab mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.

BAB 11 – TERTANGKAP
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.

Bersambung.....

1 comment: