Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Anwar Ridhwan & Rahman Shaari (Penyelenggara)
Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.
Maksud : Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata.
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Maksud : Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara.
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
Maksud : Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Maksud : Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik.
Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
Maksud : Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan ingati setiap masa.
Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
Maksud : Sekali kita telah melalukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat.
Tema
Nasihat yang dapat membina
Persoalan
- Pentingnya mendapatkan ilmu.
- Pentingnya mempunyai perasaan.
- Pentingnya menjaga kesihatan diri.
- Perlunya mendengar nasihat.
Bentuk
- Terdiri daripada enam rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris.
- Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
- Setiap baris terdiri daripada tujuh hingga tiga belas suku kata.
- Rima akhir setiap rangka aa.
- Ada pembayang dan maksudnya.
Unsur-unsur bunyi
- Asonasi - Contohnya, Jika ada padi berhampalah (pengulangan vokal a)
- Aliterasi - Contohnya, Mahal demam, murahlah sakit (pengulangan konsonan m)
- Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya, Dengar cakap enggang / makan buah belolok, Dengar cakap orang / terjun masuk lubuk. [tanda (/) bermaksud tanda jeda/pemenggalan puisi/sizura]
Gaya bahasa
- Imej alam - gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang.
- Sinkope - tak.
- Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pasa awal baris) Sakit pandan tak tahukan diri, Sakit badan tak tahukan diri.
- Responsi - (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat) Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.
Nilai
- Mendengar nasihat.
- Menjaga diri.
- Jati diri.
Pengajaran
- Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat yang diberikan.
- Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang sia-sia.
- Kita hendaklah mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara negatif.
Latihan - Tekan sini
Credit : Kupasan & Kajian 2011 KOMSAS Tingkatan 2, terbitan SASBADI
haha..terima kasih sgt2 buat benda ni..mmg membantu adik sy belajar..hehe :)
ReplyDeleteThanks ;) nak tanya Nada tu maksud dia sama dengan unsur-unsur bunyi ke ?
ReplyDeleteThanx sangat2 buat benda ni,mmg membantu saya untuk siapkan kerja skolah saya ni.Thanx sangat2 ♥
ReplyDeleteterima kasih sngt2 sbb tlng sya buat krjarmh hehe ^_^
ReplyDeleteTerima kasih sebab membantu saya.....
ReplyDeletethx for helping me
ReplyDeleteBitch Fat Ass
ReplyDelete