13 October 2011

Prosa Tradisional (Pantun)


1. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama milik orang Melayu yang popular hingga hari ini.
2. Pantun mempunyai pelbagai jenis iaitu:
    a) pantun nasihat - Contoh : sini
    b) pantun agama
    c) pantun jenaka
    d) pantun sindiran
    e) pantun orang muda
    f) pantun teka-teki
3. Pantun mempunyai fungsi tertentu, misalnya untuk menyatakan kesedihan, kerinduan, kemarahan, kebencian, kasih sayang, nasihat, sindiran, jenaka dan sebagainya.
4. Pantun yang baik terdiri daripada  empat hingga lima patah kata atau antara lapan hingga dua belas suku kata pada setiap barisnya.
5. Pantun mementingkan persajakan bunyi akhir atau rima yang berselang-seli. Misalnya, rima abab untuk pantun empat kerat dan rima abcabc untuk pantun enam kerat.
6. Pantun mempunyai dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud.
7. Setiap pantun mempunyai tema iaitu gagasan, fikiran atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang.
 
         

No comments:

Post a Comment