16 December 2011

Watak & Perwatakan Merenang Gelora


Harap anda semua sukses.....

Untuk pengajaran seterusnya, cikgu akan menyentuh tentang watak dan perwatakan dalam novel Merenang Gelora.

Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka.

Perwatakan pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi (dalaman) seseorang itu.

Watak utama dalam novel Merenang Gelora ialah Badri.
Perwatakannya:
• Anak sulung kepada Mak Siti.
• Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.
• Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.
• Pengawas sekolah
• Seorang yang bertanggungjawab. Contoh, Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.
• Seorang yang berdisiplin. Contoh, dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.
• Seorang yang menepati masa. Contoh, pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
• Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh, Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.
• Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh, Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.
• Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh, mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
• Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Contoh soalan peperiksaan:
Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan watak utama dan tiga perwatakannya yang menarik hati anda.

Untuk merehatkan minda, sama-sama kita dengar dan hayati Seloka Pak Kaduk di bawah.




3 comments: