Showing posts with label pantun nasihat. Show all posts
Showing posts with label pantun nasihat. Show all posts

27 October 2011

Praktis : Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat) -klik sini- daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Pemantun melalui rangkap pertama pantun menasihati kita agar...
    A mendiamkan diri jika ditanya tentang sesuatu perkara.
    B berdiam diri jika ditanya tentang perkara yang telah diketahui oleh semua orang.
    C lebih baik tidak berkata apa-apa jika tidak pasti atau tahu tentang sesuatu perkara.
    D seelok-eloknya mendiamkan diri apabila tidak mengetahui secara lanjut tetang sesuatu perkara.

2. Maksud rangkap ketiga pantun ialah...
    A kita perlu tahu bila kita akan jatuh sakit.
    B kita mestilah ingat akan orang lain apabila jatuh sakit.
    C apabila sakit hendaklah sentiasa ingat dan sedar akan diri.
    D apabila sihat janganlah lupa ketika kita ditimpa sakit.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
3. Pengulangan kata jika dalam baris di atas ialah gaya bahasa...
    A responsi
    B aliterasi
    C anafora
    D sinkope

4. Yang berikut merupakan ciri-ciri dalam pantun ini, kecuali...
    A terdiri daripada enam rangkap.
    B rima akhir baris ialah aa.
    C terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap.
    D setiap baris pantun merupakan maksud.

5. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
    A Kita tidak boleh terlalu mendengar kata-kata orang.
    B Kita tidak boleh mengambil tahu tentang hal orang lain.
    C Kita mestilah sentiasa mendengar nasihat yang diberikan kepada kita.
    D Kita mesti sentiasa peka dan sedar tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita.





Jawapan1. C, 2. C, 3. C, 4. D, 5. B

26 October 2011

Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Anwar Ridhwan & Rahman Shaari (Penyelenggara)

Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.
Maksud : Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Maksud : Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara.

Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
Maksud : Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Maksud : Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik.

Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
Maksud : Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan ingati setiap masa.

Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
Maksud : Sekali kita telah melalukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat.

Tema
Nasihat yang dapat membina

Persoalan

  • Pentingnya mendapatkan ilmu.
  • Pentingnya mempunyai perasaan.
  • Pentingnya menjaga kesihatan diri.
  • Perlunya mendengar nasihat.

Bentuk
  • Terdiri daripada enam rangkap.
  • Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris.
  • Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
  • Setiap baris terdiri daripada tujuh hingga tiga belas suku kata.
  • Rima akhir setiap rangka aa.
  • Ada pembayang dan maksudnya.

Unsur-unsur bunyi
  • Asonasi - Contohnya, Jika ada padi berhampalah (pengulangan vokal a)
  • Aliterasi - Contohnya, Mahal demam, murahlah sakit (pengulangan konsonan m)
  • Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya, Dengar cakap enggang / makan buah belolok, Dengar cakap orang / terjun masuk lubuk. [tanda (/) bermaksud tanda jeda/pemenggalan puisi/sizura]

Gaya bahasa
  • Imej alam - gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang.
  • Sinkope - tak.
  • Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pasa awal baris) Sakit pandan tak tahukan diri, Sakit badan tak tahukan diri. 
  • Responsi - (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat) Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.

Nilai
  • Mendengar nasihat.
  • Menjaga diri.
  • Jati diri.

Pengajaran
  • Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat yang diberikan.
  • Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang sia-sia.
  • Kita hendaklah mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara negatif.

Latihan - Tekan sini



Credit : Kupasan & Kajian 2011 KOMSAS Tingkatan 2, terbitan SASBADI