Berikut merupakan beberapa video ketika Pesta Pantun Bestari 2011. Pesta pantun wajar diadakan dari masa ke semasa sebagai salah satu langkah mengekalkan warisan Melayu.
Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts
17 November 2011
Pesta Pantun Bestari 2011

Praktis : Pantun Empat Kerat (Agama)

Dunia ini pinjam-pinjaman
13 November 2011
Pantun Empat Kerat (Agama)

Setiap perbuatan yang dilakukan di muka bumi ini mempunyai balasan daripada Allah sama ada balasan baik mahupun buruk.
Dunia ini merupakan tempat persinggahan bagi manusia tetapi akhirat merupakan tempat yang kekal abadi.
Setiap orang yang ada di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Asam kandis asam gelugur,
Perkara yang telah berlaku tidak perlu dikenang kerana sudah terlambat dan tiada guna untuk disesali.
Pakaian bukan penentu tahap keimanan, sebaliknya amalan yang dilakukan olehnya.
Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kita makhluk ciptaan Tuhan dan kita perlu patuh serta taat kepada setiap perintah-Nya.
Tema
- Pembalasan Tuhan di hari akhirat kelak.
- Hari akhirat yang merupakan tempat yang kekal abadi.
- Kelemahan manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
- Kepentingan melakukan amal ibadat kepada Allah.
- Amalan yang menentukan tahap keimanan seseorang.
- Ketaatan akan setiap perintah Allah.
Bentuk
- Terdiri daripada enam rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris.
- Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
- Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
- Rima akhir setiap rangkap abab.
- Ada pembayang dan maksudnya.
Unsur-unsur bunyi
- Asonasi - Contohnya, Tumbuh di pusara paduka tuan (pengulangan vokal u)
- Aliterasi - Contohnya, Ketiga asam si riang-riang (pengulangan konsonan g)
- Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya, Kemuning / daunnya lampai, Tumbuh di pusara / paduka tuan; Di atas dunia / kau tak sampai, Di dalam syurga / bernantian.
- Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab. Contohnya, Halia ini tanam-tanaman, [a], Di barat saja akan tumbuhnya; [b], Dunia ini pinjam-pinjaman, [a], Akhirat juga akan sungguhnya. [b].
Gaya bahasa
- Imej alam - kemuning, halia, teritip, asam kandis, asam gelugur, padi.
- Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya, Di atas dunia kau tak sampai, Di dalam syurga bernantian.
Nilai
- Keinsafan
- Ketakwaan
- Keimanan
- Kapatuhan
Pengajaran
- Kita hendaklah sentiasa mengingati hari pembalasan Tuhan.
- Kita hendaklah mengawal diri agar tidak melakukan kemungkaran.
- Kita hendaklah menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan.
- Kita hendaklah rajin beribadat kepada Tuhan.
Credit : Kupasan & Kajian 2011 KOMSAS Tingkatan 2, terbitan SASBADI
28 October 2011
Praktis : Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)

Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) -klik sini- daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Apakah yang menyebabkan masyarakat yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu ?
A bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan
B mengambil tahu akan hal bangsa lain
C sentiasa mengamalkan semangat muhibah
D bangga mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai keturunan
2. Berdasarkan rangkap kelima sajak, apakah yang masih kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ?
A budaya masyarakat Malaysia yang harmoni
B kehidupan masa silam mereka
C kenangan indah semasa bersama keluarga dahulu
D keseluruhan cara hidup asal mereka
A asonasi
B aliterasi
C sinkope
D simile
4. Pernyataan yang berikut benar tentang bentuk pantun di atas, kecuali...
A terdiri daripada lima rangkap.
B rima akhir bagi setiap rangkap ialah abab.
C setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
D setiap baris mempunyai lima hingga enam patah kata.
5. Tema Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) ialah...
A kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
B masyarakat yang teridir daripada pelbagai latar belakang.
C perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
D kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.

Bermacam keturunan bukan halangan3. Pengulangan konsonan n pada baris pantun diatas merupakan unsur gaya bahasa...
A asonasi
B aliterasi
C sinkope
D simile
4. Pernyataan yang berikut benar tentang bentuk pantun di atas, kecuali...
A terdiri daripada lima rangkap.
B rima akhir bagi setiap rangkap ialah abab.
C setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
D setiap baris mempunyai lima hingga enam patah kata.
5. Tema Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) ialah...
A kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
B masyarakat yang teridir daripada pelbagai latar belakang.
C perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
D kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.
Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)

Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
Zailani Taslim (Penyelenggara)
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
Tema
Perpaduan dalam negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa.
Persoalan
Latihan - Tekan sini
Zailani Taslim (Penyelenggara)
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Maksud : Hidup bermuafakat harus diamalkan di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Maksud : Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya hidup bersatu padu kerana semangat muhibah yang diamalkan.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Maksud : Segala urusan yang dilakukan secara kerjasama dan bergotong-royong dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan.
Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Maksud : Masyrakat yang berbilang bangsa tidak mustahil dapat mewujudkan bangsa yang bersatu padu.
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
Maksud : Masyarakat yang berbilang bangsa ini masih mengamalkan kebudayaan mereka yang tersendiri, namun tetap mengamalkan kebudayaan yang dapat diterima oleh nasional, iaitu kebudayaan semua masyarakat.
Tema
Perpaduan dalam negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa.
Persoalan
- Amalan kehidupan harmoni dalam masyrakat.
- Kepentingan bersatu padu dalam negara berbilang bangsa.
- Bekerjasama dalam semua tindakan.
- Kebudayaan nasional yang sentiasa diamalkan.
- Bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah.
Bentuk
- Terdiri daripada lima rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris.
- Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah kata.
- Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
- Rima akhir setiap rangkap abab.
- Ada pembayang dan maksudnya.
Unsur-unsur bunyi
- Asonasi - Contohnya, Di negara Malaysia berbilang bangsa (pengulangan vokal a).
- Aliterasi - Contohnya, Walaupun berlainan bangsa budaya (pengulangan konsonan b).
- Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya, Air mengalir / dalam terusan, Mengairi sawah / beratus relung; Bekerjasama / segala urusan, Tanda bersatu / bergotong-royong.
- Rima akhir pantun terikat dengan struktur riima sengkelang, iaitu abab. Contohnya, Tuan Puteri dari kayangan, [a], Senyuman manis seperti madu; [b], Bermacam keturunan bukan halangan, [a], Untuk membina bangsa yang padu. [b].
Gaya bahasa
- Imej alam - buah papaya, air, madu, air kelapa.
- Simile - senyuman manis seperti madu.
- Anafora - (pengulangan perkara yang sama pada awal baris). Contohnya, Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.
- Diksi - (penggunaan kata-kata indah dalam ayat). Contohnya, Enak nian air kelapa.
Nilai
- Keharmonian
- Perpaduan
- Bekerjasama
- Penghargaan
Pengajaran
- Kita haruslah mengamalkan kehidupan yang harmoni.
- Kita hendaklah sentiasa bersatu-padu.
- Kita hendaklah mengamalkan sikap kerjasama dalam kehidupan.
- Kita hendaklah menghargai kebudayaan nasional kita.
Latihan - Tekan sini
Credit : Kupasan & Kajian 2011 KOMSAS Tingkatan 2, terbitan SASBADI
27 October 2011
Praktis : Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat) -klik sini- daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Pemantun melalui rangkap pertama pantun menasihati kita agar...
A mendiamkan diri jika ditanya tentang sesuatu perkara.
B berdiam diri jika ditanya tentang perkara yang telah diketahui oleh semua orang.
C lebih baik tidak berkata apa-apa jika tidak pasti atau tahu tentang sesuatu perkara.
D seelok-eloknya mendiamkan diri apabila tidak mengetahui secara lanjut tetang sesuatu perkara.
2. Maksud rangkap ketiga pantun ialah...
A kita perlu tahu bila kita akan jatuh sakit.
B kita mestilah ingat akan orang lain apabila jatuh sakit.
C apabila sakit hendaklah sentiasa ingat dan sedar akan diri.
D apabila sihat janganlah lupa ketika kita ditimpa sakit.
A responsi
B aliterasi
C anafora
D sinkope
4. Yang berikut merupakan ciri-ciri dalam pantun ini, kecuali...
A terdiri daripada enam rangkap.
B rima akhir baris ialah aa.
C terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap.
D setiap baris pantun merupakan maksud.
5. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
A Kita tidak boleh terlalu mendengar kata-kata orang.
B Kita tidak boleh mengambil tahu tentang hal orang lain.
C Kita mestilah sentiasa mendengar nasihat yang diberikan kepada kita.
D Kita mesti sentiasa peka dan sedar tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita.

Jika ada padi berhampalah,3. Pengulangan kata jika dalam baris di atas ialah gaya bahasa...
Jika ada hati berasalah.
A responsi
B aliterasi
C anafora
D sinkope
4. Yang berikut merupakan ciri-ciri dalam pantun ini, kecuali...
A terdiri daripada enam rangkap.
B rima akhir baris ialah aa.
C terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap.
D setiap baris pantun merupakan maksud.
5. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
A Kita tidak boleh terlalu mendengar kata-kata orang.
B Kita tidak boleh mengambil tahu tentang hal orang lain.
C Kita mestilah sentiasa mendengar nasihat yang diberikan kepada kita.
D Kita mesti sentiasa peka dan sedar tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita.
26 October 2011
Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Anwar Ridhwan & Rahman Shaari (Penyelenggara)
Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.
Maksud : Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata.
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Maksud : Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara.
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
Maksud : Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Maksud : Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik.
Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
Maksud : Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai dan ingati setiap masa.
Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
Maksud : Sekali kita telah melalukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat.
Tema
Nasihat yang dapat membina
Persoalan
- Pentingnya mendapatkan ilmu.
- Pentingnya mempunyai perasaan.
- Pentingnya menjaga kesihatan diri.
- Perlunya mendengar nasihat.
Bentuk
- Terdiri daripada enam rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris.
- Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata.
- Setiap baris terdiri daripada tujuh hingga tiga belas suku kata.
- Rima akhir setiap rangka aa.
- Ada pembayang dan maksudnya.
Unsur-unsur bunyi
- Asonasi - Contohnya, Jika ada padi berhampalah (pengulangan vokal a)
- Aliterasi - Contohnya, Mahal demam, murahlah sakit (pengulangan konsonan m)
- Jeda - Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya, Dengar cakap enggang / makan buah belolok, Dengar cakap orang / terjun masuk lubuk. [tanda (/) bermaksud tanda jeda/pemenggalan puisi/sizura]
Gaya bahasa
- Imej alam - gaharu, cengal, giam, padi, pandan, enggang.
- Sinkope - tak.
- Anafora - (pengulangan perkataan yang sama pasa awal baris) Sakit pandan tak tahukan diri, Sakit badan tak tahukan diri.
- Responsi - (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat) Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.
Nilai
- Mendengar nasihat.
- Menjaga diri.
- Jati diri.
Pengajaran
- Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat yang diberikan.
- Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang sia-sia.
- Kita hendaklah mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara negatif.
Latihan - Tekan sini
Credit : Kupasan & Kajian 2011 KOMSAS Tingkatan 2, terbitan SASBADI
13 October 2011
Prosa Tradisional (Pantun)

1. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama milik orang Melayu yang popular hingga hari ini.
2. Pantun mempunyai pelbagai jenis iaitu:
a) pantun nasihat - Contoh : sini
b) pantun agama
c) pantun jenaka
d) pantun sindiran
e) pantun orang muda
f) pantun teka-teki
3. Pantun mempunyai fungsi tertentu, misalnya untuk menyatakan kesedihan, kerinduan, kemarahan, kebencian, kasih sayang, nasihat, sindiran, jenaka dan sebagainya.
4. Pantun yang baik terdiri daripada empat hingga lima patah kata atau antara lapan hingga dua belas suku kata pada setiap barisnya.
5. Pantun mementingkan persajakan bunyi akhir atau rima yang berselang-seli. Misalnya, rima abab untuk pantun empat kerat dan rima abcabc untuk pantun enam kerat.
6. Pantun mempunyai dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud.
7. Setiap pantun mempunyai tema iaitu gagasan, fikiran atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)