Showing posts with label latihan. Show all posts
Showing posts with label latihan. Show all posts

16 December 2011

Watak & Perwatakan Merenang Gelora


Harap anda semua sukses.....

Untuk pengajaran seterusnya, cikgu akan menyentuh tentang watak dan perwatakan dalam novel Merenang Gelora.

Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka.

Perwatakan pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi (dalaman) seseorang itu.

Watak utama dalam novel Merenang Gelora ialah Badri.
Perwatakannya:
• Anak sulung kepada Mak Siti.
• Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.
• Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.
• Pengawas sekolah
• Seorang yang bertanggungjawab. Contoh, Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.
• Seorang yang berdisiplin. Contoh, dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.
• Seorang yang menepati masa. Contoh, pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
• Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh, Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.
• Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh, Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.
• Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh, mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
• Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Contoh soalan peperiksaan:
Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan watak utama dan tiga perwatakannya yang menarik hati anda.

Untuk merehatkan minda, sama-sama kita dengar dan hayati Seloka Pak Kaduk di bawah.




15 December 2011

Tema & Persoalan Merenang Gelora


Selamat bercuti.....

Kali ini cikgu ingin menerangkan tentang Tema dan Persoalan bagi novel Merenang Gelora. Tema dan persoalan sering ditanya dalam peperiksaan, selain daripada watak & perwatakan, latar, binaan plot serta nilai & pengajaran. Seperti yang anda sedia maklum, soalan novel terdapat pada Bahagian D, Kertas 2 yang memberi markah 10%. Ia wajib dijawab, jadi mahu tidak mahu anda harus memberi perhatian pada tajuk ini.

Tema bermaksud idea utama atau persoalan pokok dalam sesebuah cerita.

Tema Merenang Gelora: Cabaran dan tanggungjawab pelajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas

Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan yang hadir bersama-sama tema sama ada yang tersurat atau tersirat.

Persoalan novel Merenang Gelora

1. Persoalan ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial. 
Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan budak-budak motor.

2. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. 
Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan. 

3. Persoalan hasad dengki dalam persahabatan.
Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

4. Persoalan melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas. 
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dengan kes disiplin walaupun kawannya sendiri, Jamil.

5. Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. 
Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

6. Persoalan sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. 
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan kumpulan belajar dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Contoh soalan peperiksaan: (Cuba buat ya!)

Berdasarkan novel yang anda kaji:
a) Nyatakan tema novel tersebut.
b) Jelaskan tiga persoalan beserta contoh peristiwa yang terdapat di dalamnya.

Dah penat belajar????? Rehatkan minda anda dengan menonton cerita teladan di bawah.




Untuk mendapatkan lebih banyak cerita teladan, klik sini.

17 November 2011

Praktis : Pantun Empat Kerat (Agama)


Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Agama) -klik sini- daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Yang manakah antara yang berikut benar berdasarkan pantun ?
    A dunia hanya sementara dan akhiratlah yang kekal
    B semua manusia melakukan dosa kecuali imam khatib
    C insan yang tidak bersolat akan menangis ketika mati
    D gelaran haji melambangkan kesempurnaan iman bagi seseorang muslim

2. Dalam rangkap terakhir, pemantun berpesan supaya...
    A melakukan perkara yang dapat memberikan keuntungan.
    B tidak lokek untuk memberikan derma kepada orang yang memerlukan.
    C setiap tindakan adalah berlandaskan akal dan ajaran Islam.
    D kita hendaklah melakukan apa-apa mengikut kehendak hati.

3. Unsur gaya bahasa asing yang dapat ditemukan dalam Pantun Empat Kerat (Agama) ialah...
    A tumbuh
    B syurga
    C mayat
    D kemuning


Dunia ini pinjam-pinjaman



4. Pengulangan konsonan n dalam baris di atas merupakan unsur gaya bahasa...
    A simile
    B sinkope
    C aliterasi
    D asonasi

5. Nilai yang terkandung dalam rangkap keempat pantun ialah...
    A kesyukuran
    B kecekalan
    C keinsafan
    D kejujuran





Jawapan1. A, 2. C, 3. B, 4. C, 5. C

28 October 2011

Praktis : Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)


Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) -klik sini- daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Apakah yang menyebabkan masyarakat yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu ?
    A bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan
    B mengambil tahu akan hal bangsa lain
    C sentiasa mengamalkan semangat muhibah
    D bangga mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai keturunan

2. Berdasarkan rangkap kelima sajak, apakah yang masih kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ?
    A budaya masyarakat Malaysia yang harmoni
    B kehidupan masa silam mereka
    C kenangan indah semasa bersama keluarga dahulu
    D keseluruhan cara hidup asal mereka

Bermacam keturunan bukan halangan
3. Pengulangan konsonan n pada baris pantun diatas merupakan unsur gaya bahasa...
    A asonasi
    B aliterasi
    C sinkope
    D simile

4. Pernyataan yang berikut benar tentang bentuk pantun di atas, kecuali...
    A terdiri daripada lima rangkap.
    B rima akhir bagi setiap rangkap ialah abab.
    C setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
    D setiap baris mempunyai lima hingga enam patah kata.

5. Tema Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) ialah...
    A kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
    B masyarakat yang teridir daripada pelbagai latar belakang.
    C perpaduan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
    D kehidupan masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni.





Jawapan1. C, 2. D, 3. B, 4. D, 5. C

27 October 2011

Praktis : Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat) -klik sini- daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius, jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Pemantun melalui rangkap pertama pantun menasihati kita agar...
    A mendiamkan diri jika ditanya tentang sesuatu perkara.
    B berdiam diri jika ditanya tentang perkara yang telah diketahui oleh semua orang.
    C lebih baik tidak berkata apa-apa jika tidak pasti atau tahu tentang sesuatu perkara.
    D seelok-eloknya mendiamkan diri apabila tidak mengetahui secara lanjut tetang sesuatu perkara.

2. Maksud rangkap ketiga pantun ialah...
    A kita perlu tahu bila kita akan jatuh sakit.
    B kita mestilah ingat akan orang lain apabila jatuh sakit.
    C apabila sakit hendaklah sentiasa ingat dan sedar akan diri.
    D apabila sihat janganlah lupa ketika kita ditimpa sakit.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
3. Pengulangan kata jika dalam baris di atas ialah gaya bahasa...
    A responsi
    B aliterasi
    C anafora
    D sinkope

4. Yang berikut merupakan ciri-ciri dalam pantun ini, kecuali...
    A terdiri daripada enam rangkap.
    B rima akhir baris ialah aa.
    C terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap.
    D setiap baris pantun merupakan maksud.

5. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
    A Kita tidak boleh terlalu mendengar kata-kata orang.
    B Kita tidak boleh mengambil tahu tentang hal orang lain.
    C Kita mestilah sentiasa mendengar nasihat yang diberikan kepada kita.
    D Kita mesti sentiasa peka dan sedar tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita.





Jawapan1. C, 2. C, 3. C, 4. D, 5. B